Slideshow

Pages

Tuesday, February 22, 2011

KEM JATI DIRI 2- PLATUN ALFA & BETA

Tarikh : 16, 17 & 18 Februari 2011
Tempat : Teluk Segadas, Pulau Pangkor
Peserta : 60 platun alfa & beta
Guru Pengiring : 8 orang

Kem ini bertujuan bagi memperkasakan KRS sekaligus membina stamina platun alfa & beta bg persediaan pertandingan kawad kaki peringkat daerah pada bulan April nanti.

Semangat jati diri yang ada pada platun alfa & beta ini menyakinkan bahawa KRS SMK Teluk Bahang pasti boleh. WE R' NO. 1.

Komandan KRS SMK Teluk Bahang, Left Kolonel Abd Rashid Abd Samad turut memberi semangat kepada platun ini apabila beliau sanggup turun ke tapak perkhemahan kami dengan menaiki bot sampan yg telah disediakan. Walaupun panas, tuan pengetua membuktikan bahawa beliau amat menyayangi anak-anak pelajarnya.Terima kasih Left Kolonel Abd Rashid Abd Samad.

Kenangan di Kem Lumut - Platun Beta

Kenangan di Kem Lumut - Platun Alfa
a
Pertandingan Arca Pasir

Aktiviti Riadah, Snookeling 

Aktiviti menaikkan unggun api

Aktiviti mencergaskan fizikal dan menenangkan mental
Selamat jalan cg Rashid selamat kembali ke Pulau Pinang
Aktiviti lasak - Tracking
JagaJaga Cg Rashid..........
Sampainya Tuan Pengetua di Teluk Segadas
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan 
Tracking


Monday, February 14, 2011

Kem Jati Diri 1 - Platun Charlie & Delta

Tarikh : 11,12 & 13 Februari 2011
Tempat : Dataran Tn.Hj. Abdul Malek, SMK Teluk Bahang

Kem Jati Diri 1 ini adalah kem untuk platun Charlie & Delta KRS yg terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1. 63 peserta daripada Tingkatan 1 ini berjaya membuktikan pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang 'Boleh'. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini ialah aktiviti lasak, burung hantu, orienteering, penghayatan malam, LDK dan pertandingan memasak.

Kem ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar serta memupuk jati diri dalam diri pelajar-pelajar tersebut. Kem ini juga dapat menjadikan pelajar-pelajar tingkatan 1 ini mempunyai sifat keberanian melalui aktiviti burung hantu serta aktiviti lasak yang memerlukan fizikal serta mental yg kuat untuk melakukannya.

Cikgu Zaleha telah merasmikan majlis penutupan Kem Jati Diri 1 ini. Majlis bersurai pada pukul 1.30 petang.

Sayonara!!!!!!!!!!!


Pertandingan Memasak

Pertandingan Orienteering

Aktiviti Lasak

Pemasangan Khemah

Taklimat daripada Kem Komanden

Kenangan bersama platun Charli3 & Delta







Majlis Penyerahan Bendera

Tarikh : 09 Februari 2011
Tempat : Bilik Persidangam SMKTBG

Penyerahan Bendera Sekolah ini dilakukan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Rashid B. Abdul Samad kepada kepada ketua-ketua pasukan yang akan menyertai pertandingan MSSPP peringkat zon Barat Daya. Di harap Pasukan Sekolah akan membawa kemenangan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengetua, bacaan Ikrar pelajar seterusnya penyerahan bendera kepada ketua-ketua pasukan.