Slideshow

Pages

Tuesday, February 22, 2011

KEM JATI DIRI 2- PLATUN ALFA & BETA

Tarikh : 16, 17 & 18 Februari 2011
Tempat : Teluk Segadas, Pulau Pangkor
Peserta : 60 platun alfa & beta
Guru Pengiring : 8 orang

Kem ini bertujuan bagi memperkasakan KRS sekaligus membina stamina platun alfa & beta bg persediaan pertandingan kawad kaki peringkat daerah pada bulan April nanti.

Semangat jati diri yang ada pada platun alfa & beta ini menyakinkan bahawa KRS SMK Teluk Bahang pasti boleh. WE R' NO. 1.

Komandan KRS SMK Teluk Bahang, Left Kolonel Abd Rashid Abd Samad turut memberi semangat kepada platun ini apabila beliau sanggup turun ke tapak perkhemahan kami dengan menaiki bot sampan yg telah disediakan. Walaupun panas, tuan pengetua membuktikan bahawa beliau amat menyayangi anak-anak pelajarnya.Terima kasih Left Kolonel Abd Rashid Abd Samad.

Kenangan di Kem Lumut - Platun Beta

Kenangan di Kem Lumut - Platun Alfa
a
Pertandingan Arca Pasir

Aktiviti Riadah, Snookeling 

Aktiviti menaikkan unggun api

Aktiviti mencergaskan fizikal dan menenangkan mental
Selamat jalan cg Rashid selamat kembali ke Pulau Pinang
Aktiviti lasak - Tracking
JagaJaga Cg Rashid..........
Sampainya Tuan Pengetua di Teluk Segadas
Semoga Allah mempermudahkan perjalanan 
Tracking


Monday, February 14, 2011

Kem Jati Diri 1 - Platun Charlie & Delta

Tarikh : 11,12 & 13 Februari 2011
Tempat : Dataran Tn.Hj. Abdul Malek, SMK Teluk Bahang

Kem Jati Diri 1 ini adalah kem untuk platun Charlie & Delta KRS yg terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1. 63 peserta daripada Tingkatan 1 ini berjaya membuktikan pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang 'Boleh'. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam ini ialah aktiviti lasak, burung hantu, orienteering, penghayatan malam, LDK dan pertandingan memasak.

Kem ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar-pelajar serta memupuk jati diri dalam diri pelajar-pelajar tersebut. Kem ini juga dapat menjadikan pelajar-pelajar tingkatan 1 ini mempunyai sifat keberanian melalui aktiviti burung hantu serta aktiviti lasak yang memerlukan fizikal serta mental yg kuat untuk melakukannya.

Cikgu Zaleha telah merasmikan majlis penutupan Kem Jati Diri 1 ini. Majlis bersurai pada pukul 1.30 petang.

Sayonara!!!!!!!!!!!


Pertandingan Memasak

Pertandingan Orienteering

Aktiviti Lasak

Pemasangan Khemah

Taklimat daripada Kem Komanden

Kenangan bersama platun Charli3 & Delta







Majlis Penyerahan Bendera

Tarikh : 09 Februari 2011
Tempat : Bilik Persidangam SMKTBG

Penyerahan Bendera Sekolah ini dilakukan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Rashid B. Abdul Samad kepada kepada ketua-ketua pasukan yang akan menyertai pertandingan MSSPP peringkat zon Barat Daya. Di harap Pasukan Sekolah akan membawa kemenangan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan pengetua, bacaan Ikrar pelajar seterusnya penyerahan bendera kepada ketua-ketua pasukan.













Saturday, January 29, 2011

Majlis Ikrar "Aku Janji"

Tarikh : 26 Januari 2011 (Rabu)
Tempat : Dataran Tn.Hj. Abdul Malek
Masa : 7.45 pg

Majlis Ikrar "Aku Janji" ini telah diketuai oleh Pegawai Waran 1, Ridzuan dan diikuti oleh Barisan Putra Putri Platun Alfa & Beta. Ikrar ini di lakukan dihadapan Tuan Pengetua, Left Kolonel Abdul Rashid B. Abdul Samad serta barisan guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang. Mereka berikrar akan bersama-sama unit KRS bagi  memperkasakan KRS SMK Teluk Bahang.Semoga "Aku janji" ini akan menjadikan realiti sekolah dalam mengejar visi " We R No. 1"












Kursus Pengurusan Kokurikulum SMKTBG

Tarikh : 22 Januari 2011
Tempat   : Dewan Auditorium, Taman Negara Teluk Bahang
Peserta : Pengerusi & Setiausaha Platun KRS, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan
Aktiviti :
  1. Peranan & Tanggungjawab 
  2. Surat-menyurat & Sistem Fail
  3. Pengurusan Pengendalian Mesyuarat
  4. Kertas Kerja  & Laporan
  5. Protokol Pengendalian Majlis Rasmi
Taklimat daripada Cikgu Bahtiar
Perbentangan Kumpulan
Pengerusi & Setiusaha 
Taklimat daripada Cg Wana
(Pengurusan Pengendalian Mesyuarat)
Gambar Kenangan bersama Peserta
Peserta khusyuk mendengar taklimat
Pendaftaran peserta
Ucapan Tuan Pengetua 




Carta Organisasi Kokurikulum

Pengerusi
En. Abdul Rashid B. Abdul Samad

 Timbalan Pengerusi
Pn. Noorhasliza Bt. Mohd Ali

Setiausaha
Pn. Noor Hafizah Bt. Mohammed

Penyelaras KRS
Cik Nurul Nazwa Sabdin
Penyelaras Kelab/Persatuan
Pn. Wan Nizwani Noordin

Penyelaras Sukan/Permainan
En. Mohd Zaifahmi Zainol
SU Sukan
Cik Farah Wahida Hashim






      

    






                                                    
                     

Friday, January 28, 2011

Aktiviti Kokurikulum

Badan Beruniform
Kadet Remaja Sekolah


Kelab & Persatuan

  1. Persatuan Bahasa Malaysia
  2. Persatuan Bahasa Inggeris
  3. Persatuan Sains & Matematik
  4. Persatuan Sejarah & Geografi
  5. Persatuan Kemahiran Hidup
  6. Pergerakan Pelajar-Pelajar Islam
  7. Persatuan ICT / Fotografi
  8. Kelab Kebudayaan & Keseniaan
  9. Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
  10. Kelab Alam Sekitar
  11. Kelab Keusahaswanan
  12. Kelab Rukun Negara
  13. Kelab Keselamatan Jalan Raya
  14. Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
  15. Kelab Pusat Sumber
Sukan & Permainan
  1. Kelab Sepak Takraw
  2. Kelab Bola Sepak
  3. Kelab Ragbi
  4. Kelab Bola Jaring
  5. Kelab Bola Baling
  6. Kelab Bola Tampar
  7. Kelab Badminton
  8. Kelab Olahraga
  9. Kelab Ten Pin Boling
  10. Kelab Memanah

Pengurusan Unit Kokurikulum 2011



“PENGURUSAN YANG BERKESAN DAN PENGAKTIFAN KOKURIKULUM MENUNJANG KECEMERLANGAN KURIKULUM”


KONSEP KOKURIKULUM
Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adaalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
  1. Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (soc, jasmani dan rohani).
  2. Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
  3. Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
  4. Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan Negara.
  5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
OBJEKTIF PELAKSANAAN KOKURIKULUM
  1. Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar sekolah.
  3. Peningkatan minat, bakat, dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi.
  4. Pengukuhan dan pengayaan yang diceburi dalam bilik darjah serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
  5. Mengisi masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
  6. Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan hasrat Rukunegara.
  7. Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar.
  8. Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbagan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
STARTEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM
  1. Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
  2. Menambahkan lagi bilangan kelab / persatuan dan sukan / permainan serta mempelbagaikan gerak kerja tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
  3. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum, di mana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
  4. Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.
  5. Melibatkan PIBG, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.
  6. Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.
  7. Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan.
  8. Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.
  9. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
  10. Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.