Slideshow

Pages

Friday, January 28, 2011

Pengurusan Unit Kokurikulum 2011



“PENGURUSAN YANG BERKESAN DAN PENGAKTIFAN KOKURIKULUM MENUNJANG KECEMERLANGAN KURIKULUM”


KONSEP KOKURIKULUM
Pada asasnya gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap orang pelajar harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adaalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
  1. Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (soc, jasmani dan rohani).
  2. Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
  3. Semua pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
  4. Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan Negara.
  5. Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
OBJEKTIF PELAKSANAAN KOKURIKULUM
  1. Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan social, jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  2. Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar sekolah.
  3. Peningkatan minat, bakat, dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi.
  4. Pengukuhan dan pengayaan yang diceburi dalam bilik darjah serta perluasan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu.
  5. Mengisi masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
  6. Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan hasrat Rukunegara.
  7. Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar.
  8. Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbagan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
STARTEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM
  1. Memberi wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
  2. Menambahkan lagi bilangan kelab / persatuan dan sukan / permainan serta mempelbagaikan gerak kerja tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai.
  3. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam semua gerak kerja kokurikulum, di mana yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan.
  4. Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat.
  5. Melibatkan PIBG, guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.
  6. Merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki.
  7. Merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan.
  8. Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar.
  9. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan.
  10. Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak, dari semasa ke semasa.



0 comments:

Post a Comment